Seoul,Korea- Bioasli adalah perniagaan online bertaraf dunia yang telah berjaya menembusi pasaran 231 buah negara. Bermula dari sebuah perniagaan kecil dari kampung yang memasarkan produk-produk hebat berasaskan minyak kelapa dara,dari satu produk sehinggalah sekarang mempunyai lebih dari 30 jenis produk berkategorikan kesihatan,kecantikan,seksual dan juga perisian internet. Perniagaan yang dibina Bioasli bukanlah perniagaan setempat di mana hanya penduduk tempatan boleh menyertainya,tetapi di adalah sebuah perniagaan untuk semua tidak mengira sempadan negara. Dengan penggunaan internet sebagai medium perniagaan,semua penduduk dari seluruh dunia boleh mendapatkan produk-produk Bioasli dan juga menyertai perniagaan ini. Bioasli turut menawarkan beberapa kemudahan percuma antaranya 5 web refferal untuk penajaan dan juga kos penghantaran percuma bagi penduduk Malaysia dan kos penghantaran berdasarkan kadar semasa untuk luar negara. Dengan visi untuk mencipta perniagaan yang bebas dan tiada tekanan,dan bermatlamat untuk mencipta seramai mungkin jutawan senyap IT,Bioasli telah menyediakan tawaran-tawaran berbentuk pertandingan seperti melancong ke Mesir yang telah bermula sejak dari bulan Mei 2010 sehingga Februari 2011 akan datang. Dengan syarat mudah untuk di penuhi oleh setiap ahli,secara tidak sedar, setiap ahli yang berjaya telah mencipta pendapatan lumayan. Di samping itu,beberapa tawaran menarik lain turut di berikan kepada ahli bagi bersama-sama menjana pendapatan di Bioasli.
Laporan IKS kebangsaan oleh SME CORP. atau dahulunya di kenali sebagai SMIDEC bagi tahun 2007 dan 2008 telah merekodkan bahawa Bioasli adalah perniagaan berjaya dan di jadikan salah satu model pembentangan di jemaah menteri. Rentetan kejayaan dan pencapaian yang telah di terima oleh Bioasli,Asean Pasific Cooperation(APEC) telah menjemput pengarah urusan Bioasli,Tuan Hj.Ishak Basiran untuk menjadi ahli panel dalam persidangan seminar“APEC,One Village One Brand” yang akan berlangsung di Seoul,Korea pada 23~26 Jun 2010 yang akan datang. Tuan Hj.Ishak akan menjadi ahli panel dalam sesi ke 5 : Industry Perspective: Branding Needs and Concerns, bersama-sama dengan ahli panel Nguyen Thi Anh Hong / Director, Center for Tea Market Research and Development,dari Vietnam Tea Association, MarianellaRaygada / R&D Manager, Manka - Gourmet Products,dari Chile dan Yoo-Jin Han / Professor, School of Global Service, Sookmyung Women’s University, dari Korea. Mereka akan bersama-sama membincangkan keperluan dan kepentingan jenama bagi sesebuah perniagaan.
Jemputan ke seminar yang cukup berprestij ini adalah satu penghargaan ke atas usaha-usaha yang telah di jalankan Bioasli ke atas kepentingan sosial dan tanggungjawab sebagai sebuah perniagaan yang berlandaskan hukum syarak. Sekaligus,ia menjadi satu promosi berganda kepada semua ahli untuk memperkenalkan perniagaan ini kepada orang ramai dengan lebih mudah. Bioasli sentiasa menerapkan urusniaga yang jujur,amanah dan sentiasa bertindak dan berkembang berdasarkan situasi dan permintaan semasa. Justeru itu,kepada semua ahli dan yang masih belum menyertai Bioasli,ambillah peluang yang terbuka luas ini bagi kita bersama-sama mencipta pendapatan dan hidup gembira di muka bumi ini. Kami akan sentiasa menyokong dan akan menyediakan kemudahan-kemudahan yang terbaik untuk mempermudahkan urusan anda. Dengan itu, majulah Bioasli untuk semua.

No comments:
Post a Comment