Sunday, August 23, 2009

Minyak Kelapa Dara-Testimoni Pengguna (I)

“Saya telah mencuba berbagai jenis ubat-ubatan untuk mengatasi masalah kulit gatal pada bahagian betis, sehingga saya menemui Minyak Kelapa Dara. Ia benar-benar memberikan saya kelegaan dengan cepat. Selepas 2 minggu penggunaanya, saya dapati tanda-tanda merah dan bengkak menghilang. Selepas 2 bulan, saya sangat pasti bahawa penyakit kegatalan saya benar-benar telah sembuh.”
-Beth Morrissey; Baker City, OR
“Saya telah menderita penyakit arthritis pada paha, lutut dan kaki. Saya juga mengalami beberapa masalah kulit kering yang teruk, disamping lebihan berat badan sekitar 30 paun. Dengan pengambilan Minyak Kelapa Dara saya masih tetap tidak merubah tabiat pemakanan saya. Dalam masa sekitar 2 minggu, masalah kulit saya menghilang disamping tanda-tanda ia kembali seperti waktu remaja. Berat badan juga turun secara perlahan tetapi konsisten dan paling menggembirakan saya tenaga meningkat berbanding waktu-waktu sebelumnya. Saya juga mula merasakan kelembutan dan kelancaran sendi-sendi, dan tiada lagi rasa ngilu serta sakit. Sesungguhnya VCO adalah losyen yang menakjubkan, boleh digunakan tanpa mengira waktu, walaupun sebaik-baiknya digunakan selepas mandi. Sementara 2 ekor anjing saya amat menggemarinya. Sesungguhnya VCO adalah suatu yang luar biasa bagi keluarga saya, kerana lantaranya kehidupan kami (terutama kesihatan ) meningkat diluar jangkaan.”
-Bobbie Bonnickson; Ridgefield, WA


“VCO telah mengubah kesihatan saya. Bukan sahaja saya kehilangan berat badan, tetapi kulit saya juga yang sebelum ini mengelupas dan mudah ditumbuhi jerawat, kuku saya yang terlalu lembut serta selalu patah, sementara rambut saya yang selama ini terbelah hujung kini telah sihat kembali dan tidak lagi menimbulkan masalah. Yang menakjubkan ia berlaku terlalu singkat dan mudah, dengan hanya saya menambah pada sarapan pagi saya. Juga kejayaan terbesar saya dari aspek kesihatan ialah saya dapat mengatasi masalah keletihan yang kronik, masalah tidur, kekurangan hormon, dan mampu mengelak dari demam dan selsema. Bravo VCO.”
-J Newman; Monterey, CA

“Keluarga saya semuanya mengambil VCO (Minyak Kelapa Dara) secara konsisten setiap hari. Saya dapati berat badan saya stabil pada paras yang sesuai dengan tahap umur saya, tanpa saya perlu mengikuti diet yang ketat lagi menyeksakan. Suami saya di usianya yang ke 76 tahun kini mampu bergembira kerana ia tidak lagi menerima bil kesihatan yang membebankan atas masalah tekanan darah tinggi, kanser kulit, kemerosotan daya penglihatan, dan yang terakhir adalah masalah prostatenya. Kini kami sekeluaraga benar-benar merasakan VCO telah memberikan kami kehidupan yang baru.”
-Dorothy Rutledge; Hayden, ID


“Saya seorang lelaki yang mengalami kekurangan berat badan. Sudah sekian tahun saya cuba untuk 'berisi'. Memakan hampir kesemua yang saya lihat dan rasanya melebihi dari sesiapa juga. Dengan keadaan tubuh saya yang kurus saya tidak punya tenaga sekuat orang yang bertubuh besar. Keadaan ini menjadikan banyak masalah kepada saya didalam pekerjaan.Tetapi seperti yang semua maklumi, memakan kesemuanya boleh mendatangkan masalah kesihatan dikemudian hari. Oleh itu saya terpaksa mempelajari dan mengamalkan erti amalan diet yang baik. Dengan Minyak Kelapa Dara masalah berat saya meningkat keparas yang menyihatkan. Minyak Kelapa Dara telah menjadi tambahan yang menakjubkan di dalam diet saya.”
-Kent Porter; Preston, ID

“Setiap hari kami menggunakan Minyak Kelapa Dara bagi luaran dan dalaman. Suami saya mengambil (meminum) satu sudu makan setiap pagi, sementara saya menyapukannya pada muka dan leher. Ia saya dapati cemerlang sebagai pelembab dan ia menambah cahaya pada kulit saya yang tidak ada produk lain yang mampu melakukannya. Hasilnya kedutan kulit berkurang, lebih lembut, lebih licin dan gebu.Suami juga merasakan banyak kebaikan dengannya.”
-Linda Gibson; Rockmart, GA

Friday, August 21, 2009

KEUNIKAN MINYAK KELAPA DARA BERBANDING MINYAK LAIN


KEUNIKAN MINYAK KELAPA DARA BERBANDING MINYAK-MINYAK LAIN
Sebagai sumber makanan, sumber tenaga dan sumber kesihatan


  • MINYAK KELAPA DARA

    Ø Lemak tepu rantai sederhana pendek. (MCFA – mudah dihadam)
    Ø Sudah mula dihadamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya kurang berkembang.
    Ø Tidak membebankan organ pankrease
    Ø Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima
    Ø Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.
    Ø Sel jadi cekap dan efisien
    Ø Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas
    Ø Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh
    Ø Tiada kolesterol
    Ø Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid
    Ø Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.
    Ø Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara)
    Ø Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)
    Ø Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)
    Ø Meningkatkan daya tahan (endurance)
    Ø Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi.
    Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin
    (baik untuk warga tua)

  • MINYAK SAYURAN

    Ø Lemak tak tepu rantai panjang. (LCFA – hanya sebahagian dapat di hadam)
    Ø Hanya boleh dihadamkan dihempedu. Perlukan enzim pankreatik dan berbagai enzim untuk memecahkannya kepada unit-unit kecil.
    Ø Sangat membebankan pankrease
    Ø Sebagian tidak dapat dihadam, lalu di simpan di dalam tisu tubuh sebagai lemak
    Ø Lambat menghasikan tenaga. Ia memerlukan enzim khusus untuk menariknya melalui sel membran mitochondria
    Ø Sel tidak cekap dan efisien
    Ø Mudah terbentuk radikal bebas
    Ø dihasilkan melalui proses penyahbau, pelunturan, proses penghidrogenan sehingga menghasilkan trans fatty asid yang beracun
    Ø mengandungi sejumlah kolesterol
    Ø hampir tiada asid bermanfaat

PERINGATAN:

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa segala maklumat, keterangan dan testimoni yang dipaparkan tidak wajar dijadikan sebagai panduan mutlak (tanpa merujuk kepada ahli perubatan @ doktor) bagi tujuan untuk mengenal pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan khidmat nasihat dan diagnostik ahli perubatan @ doktor yang bertauliah untuk mengenal pasti penyakit dan rawatan. Manakala segala testimoni yang ada, merupakan pengalaman sebenar pengguna. Sebahagiannya sudah diuji secara klinikal, manakala sebahagian lainnya belum lagi diuji sedemikian.

Monday, August 17, 2009

Benefits of virgin coconut oil..



"There is no drug that has been proven to be effective against the virus. Our best cure is prevention. And VCO helps do that effectively," said former Agriculture Secretary and President of the Federation of Free Farmers Rep. Leonardo Montemayor.

Virgin coconut oil has long been advocated by industry leaders, members of the academe, and loyal consumers as an immune-system boosting product that helps fights several viruses, including even HIV.

Dr. Tess Espino of the University of the Philippines-Los Baños says there is scienfitic basis for the claim, since VCO has lauric acid, a natural anti-viral, anti-bacterial, and anti-fungal compound.

"The natural derivative of lauric acid, monolaurin, actually breaks down the barriers surrounding the virus' cells, effectively destroying the virus," she explains.

Espino says the recommended dosage for VCO to be effective is 3 tablespoons a day.

But Montemayor adds there are also many other ways one can consume VCO or coconut, such as using the oil to cook, or eating directly from a coconut.

Both Montemayor and Espino clarify that VCO itself is not a cure, but that if the virus is contracted, then it would still be effective in minimizing the impact of the strain.


Other benefits of virgin coconut oil:

  • The oil promotes weight loss as well as weight maintenance
  • It provides a source of antimicrobial lipid
  • The oil does not interfere with functioning of the thyroid
  • It protects against heart disease
  • It helps prevent cancer
  • It is easy on the digestion system
  • It empowers the immune system
  • The oil does not contain cholesterol, thereby not increasing the cholesterol level in the blood
  • Does not cause the stickiness of platelets that causes the formation of blood clots
  • The oil helps prevent bacterial, viral and fungal infections. C
  • Coconut helps to prevent osteoporosis.
  • It helps in keeping diabetes under control
  • It is known to keep the skin soft when used externally

Below are just some of the pathogenic organisms that are inactivated by medium chain fatty acids (MCFA) abundantly found in coconut oil:

  • Human immunodeficiency virus (HIV)
  • Helicobacter pylori
  • Hepatits C virus
  • Chlamydia trachomatis
  • SARS coronavirus
  • Hemophilus influenza
  • Giardia
  • Leukemia virus
  • Staphylococcus aureus
  • Ciliate protozoa
  • Measles virus
  • Streptococcus agalactiae
    … and many many more …

Wednesday, August 12, 2009

Cara Bayar

Anda perlu membuat bayaran dalam masa 3 hari selepas membuat pesanan. Bayaran boleh dibuat melalui internet banking, kaunter bank atau mesin ATM. Bayaran hendaklah dibuat kepada mana-mana akaun seperti di bawah.

MAYBANK
Pemegang Akaun : Akan di beri selepas membuat tempahan.

Nombor Akaun : 159012719878
Email : mycomplex2@gmail.com (perlu isi jika online maybank2u)


RHB Bank
Pemegang Akaun : Akan di beri selepas membuat tempahan.
Nombor Akaun : 16302400025266
Email : mycomplex2@gmail.com


Pengesahan bayaran perlu dibuat segera. Tempahan hanya akan diproses setelah wang anda diterima masuk ke akuan bank kami.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di 'contact us' di atas, e-mail atau di shout box.

Sahkan Bayaran

Terma,Syarat dan Penghantaran(POS)

  1. Untuk segala tempahan dan pembelian sila isi Borang Tempahan Belian di menu Tempahan.
  2. Sila utarakan sebarang pertanyaan di shoutbox atau kemukakan di menu Contact Us.
  3. Selepas anda menghantar Tempahan Belian, tempahan anda adalah sah untuk 3 hari sahaja.
  4. Tempahan dikira batal/tidak berminat jika tidak disertakan dengan bayaran selepas 3 hari.
  5. Pembayaran hendaklah dibuat melalui akaun Maybank/RHB/CIMB/Bank Islam. Maklumat berkenaan nombor-nombor akaun untuk tujuan pembayaran adalah diberikan di menu Cara Bayar.
  6. Setelah bayaran dibuat, sila isi Borang Pengesahan Bayaran di menu Sahkan Bayaran.
  7. Semua item yang dibeli tidak boleh dikembalikan.







PENGHANTARAN

Kos Penghantaran adalah PERCUMA bagi seluruh Malaysia. Beli 2 barang atau lebih, dihantar oleh GDEX(Express) (1 atau 2 hari sampai). Bagi Sabah dan Sarawak barang akan dihantar oleh Pos Malaysia (5 hingga 10 hari sampai).


Standard Penghantaran
Disebabkan jumlah belian yang begitu banyak & semakin kompleks, pihak ADMIN BIOASLI telah menetapkan standard masa penghantaran seperti di atas demi kebaikan bersama. Segala kerjasama & kesabaran anda sangat dihargai-Terima kasih

Produk Kami.

Monday, August 10, 2009

Kopi Kelapa Dara.


Kopi Kelapa Dara adalah minuman berkhasiat yang dirumus khas dengan gabungan beberapa herba hebat yang kaya dengan khasiat dan tenaga. Ianya membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan stamina. Dengan rasa hebat aroma kopi Arabica, tanpa kesan sampingan kopi biasa, pastinya akan menceriakan hidup anda.
RAMUAN :Kopi segera, krimer kelapa, gula, coffee flavour powder, Horny Goat Weed, Tribulus Terrestris, Saw Palmetto, American Ginseng, Ginkgo Biloba.
Berat bersih :
20g / peket
Kandungan :
4 peket / kotak

Cara Penggunaan :
Dicairkan menggunakan air panas di dalam cawan, 1 peket untuk sehari.
Sesuai untuk minuman lelaki dan wanita (DEWASA).

Ringkasan Kebaikan Setiap Herba

Krimer Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik dan asid kaprik yang amat berguna dalam tubuh. Kedua-duanya digunakan oleh tubuh untuk membuat 'fatty acid derivative' yang dipanggil monolaurin dan monocaprin. Ianya bersifat antiviral, antibakterial dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh untuk memusnahkan lapisan lipid dan phospholipids pada envelope virus yang menyebabkan disintegrasi virus berkenaan. Minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, menyokong sitem imunisasi tubuh, mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, mengatasi tiroid, diabetes, dan kelesuan yang teruk, menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit.

American Ginseng

American ginseng telah dibuktikan berjaya meningkatkan potensi seksual lelaki. Pengkaji mendapati ginseng mengandungi bahan tertentu yang merangsang penambahan keaktifan hormon seks sekaligus menambah kekuatan lelaki dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Di Rusia, doktor mendapati bahawa ginseng dapat mengubati pesakit yang menderita akibat masalah kemandulan. Di samping itu, ginseng juga berkesan kepada kaum wanita dengan memantapkan kitaran haid mereka iaitu tetap pada masanya.

Ginkgo Biloba

Ginkgo biloba digunakan dalam perubatan tradisional untuk memperbaiki proses peredaran darah dan menguatkan daya ingatan. Ginkgo digunakan secara meluas di Jerman dan Perancis untuk penyakit Alzheimer dan penyakit lain berkaitan otak dan mental. 2 komponen penting dalam ginkgo biloba adalah flavonoid dan terpenoid. Flavonoid mempunyai kesan antioksidan yang berpotensi tinggi dengan melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada rosak. Manakala terpenoid memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet. Selain itu, ginkgo juga meningkatkan pengaliran darah ke penis seterusnya menyokong dan mengekalkan ereksi apabila mendapat rangsangan seks.

Horny Goat Weed

Horny goat weed atau nama saintifiknya epimedium sagittatum adalah antara herba yang bertindak sebagai agen afrodisia yang boleh meningkatkan keinginan seks termasuk menambah penghasilan libido bagi lelaki dan wanita, memperbaiki tahap ereksi lelaki, mengembalikan keinginan seks, melegakan kelesuan dan membantu melegakan gejala akibat menopause bagi wanita seperti kemurungan, kurang minat terhadap seks dan kekeringan faraj.

Saw Palmetto

Saw Palmetto digunakan secara meluas untuk merawat masalah seksual yang berkaitan dengan simptom pembesaran prostat, masalah berkaitan sistem urinari, batuk dan sesak nafas. Selain itu, saw palmetto juga popular digunakan untuk pembesaran payudara, tenaga seksual, menyeimbangkan metabolisma, menaikkan selera makan dan membantu penghadaman. Kajian di Amerika Syarikat telah membuktikan Saw Palmetto begitu berkesan di dalam melegakan simptom Benign Prostatic Hyperplasia (BHP). Simptom BHP termasuk kekerapan dan keinginan kencing yang sukar dikawal, kesukaran dan kesakitan ketika kencing dan gangguan pengaliran kencing.

Tribulus Terrestris

Di Eropah, tanaman yang juga dikenal dengan nama ''Puncture Vine'' atau Caltrop ini telah digunakan sebagai herba stimulan untuk meningkatkan libido (kemampuan seksual) lelaki dan wanita sejak berabad-abad yang lalu. Selain itu, tanaman ini juga digunakan dalam perubatan hati, ginjal, serta penyakit saluran pencernaan. Tribulus dapat membantu masalah seksual kerana memiliki komponen yang disebut protodioscin. Zat ini akan diubah menjadi hormon dehidroepiandosteron atau DHEA, yang merupakan stimulan untuk penghasilan hormon testosteron dan estrogen. Secara ringkasnya, tribulus merangsang tubuh untuk membentuk hormon testosteron dan estrogen.

Sunday, August 9, 2009

Penyakit Resdung.



Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka.
Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.
Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.
Disamping pesakit resdung diurus secara yang baik, pengambilan Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey dalam pemakanan akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus.

Dari beberapa perakuan testemoni pengguna yang menggunakan /menyapukan Minyak Kelapa Dara pada seluruh bahagian muka dan telinga, disamping mengamalkan meminumnya setiap hari, mendapati mereka tidak lagi mengalami sebarang tanda serangan berulang. Dan yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu lagi mengambil ubatan yang selama ini menjadi rutin bulanan mereka.


20 Tahun derita mengidap resdung.

Nama saya Ishak Bin Basiran, Pengasas syarikat Desaku Trading, Teknologi Desa Hijau Sdn.Bhd (kilang minuman jus ) dan Mudah Niaga Ent. (Kilang Elektronik ), bekas seorang jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea. Saya mula mengidap resdung secara ketara pada tahun 1986 (tingkatan 5). Diantara gejala awal ketika itu ialah selalu bersin pada waktu pagi , ketika cuaca sejuk dan terkena kipas angin. Memang memeritkan kerana saya terpaksa membawa saputangan atau kertas tisu setiap hari untuk mengelap lelehan hingus , mata gatal dan berair serta selalu sakit kepala , disamping nafas yang berbau, tidak menyenangkan. Keadaan tersebut berlanjutan semenjak tahun 1986 sehingga 1995).
Saya pernah berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga di sebuah hospital swasta di jalan pelabuhan Klang, beliau menyarankan supaya saya menjalani pembedahan tetapi saya tidak bersedia. Pada pertengahan tahun 1999 rakan saya, seorang guru memberitahu supaya saya mengambil sutikan diprospan di klinik swasta Sabak Bernam kerana beliau juga mengidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung tersebut. Semenjak itu saya terus mengambil suntikan diprospan dari 18.11.1999 hingga 27.12.2005. Saya juga difahamkan oleh beberapa orang doktor tentang kesan sampingan akibat mengambil suntikan dicspousprin tersebut, Mereka menasihati saya supaya mencari ubat altenatif yang lain kerana kesan sampingan jangka panjang diprospan boleh mengakibatkan reput tulang, kerosakan pada buah pingang dan pancreas. Jika diambil secara berterusan selama bertahun-tahun boleh mendatangkan risiko mengidap darah tinggi dan kencing manis.
Saya pernah bertanya doktor apakah diprospan? Doktor menjelaskan diprospan ialah sejenis dadah steariods yang dihasilkan secara 'synthetic' bagi membantu menguatkan daya tahan penyakit di mana ia bertindak sebagai 'antibody'. Kenapa saya memerlukannya? Doktor memberitahu 'antibody' badan saya semakin lemah dan beliau menasihati supaya banyak memakan sayuran serta berpantang beberapa jenis makanan laut untuk mengawal gejala resdung. Dalam pada itu berbagai ubat dan makanan kesihatan telah saya cuba, namun resdung tetap tidak juga sembuh.
Lebih malang lagi ,setelah hampir 5 tahun mengamalkan suntikan, pada tahun 2003 saya disahkan mengidap darah tinggi ( sistolis 105 dan distolis 150) . Doktor mewajibkan saya memakan ubat atnolol 50gm setiap hari bagi mengawal tekanan darah tinggi. Bayangkan betapa kecewanya saya, sedangkan bapa dan ibu saya sudah berumur 70 tahun lebih, tidak mengidap darah tinggi atau kencing manis.
Sekitar awal tahun 2005 saya menghadapi satu lagi masalah keguguran rambut yang pastinya jika tidak di atasi, kepala saya akan jadi botak. Pusing keliling cari ubat, macam-macam petua dah cuba tetapi tidak berhasil. Akhirnya pada satu majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam saya bertemu kawan lama yang suatu ketika dahulu berkepala botak (licin) tetapi kini sudah berambut walaupun masih jarang-jarang. Beliau mengesyorkan kepada saya menggunakan 'minyak kelapa' yang beliau gunakan dan hasilkan sendiri. Setelah 3 bulan mencuba, masalah rambut gugur jadi minima. Beliau telah mengajar saya cara membuatnya, alangkah terkejutnya saya rupa-rupanya minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara setelah saya bertanya dengan seorang Prof. Dr di satu ekspo bertempat di Kuala Lumpur walaupun ketika itu kualitinya agak kurang sedikit.
Bermula dari detik itu saya terus membuat kajian demi kajian dan berbagai percubaan untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang berkualiti tinggi kandungan lauric acid dan capric acidnya. Akhirnya saya berjaya menghasilkan minyak yang berkualiti lalu saya namakannya Minyak Kelapa Dara Bio-Asli.
Dari kajian dan pembacaan di internat terlalu ramai pakar-pakar kesihatan memperakui akan khasiat dan kehebatan bagi sesiapa yang meminum atau menggunakan Minyak Kelapa Dara. Ia akan membantu meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan penyakit. Manakala jika disapukan pada kulit tubuh boleh memembunuh berbagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa. Malahan kulit akan menjadi lebih halus dan segar.
Bermula Oktober 2005 saya mengamalkan secara efektif meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh setelah makan pada waktu petang . Manakala untuk kegunaan luaran saya menyapukannya 2 kali sehari pada waktu pagi dan selepas sembahyang isyak pada waktu malam di seluruh kepala bermula dari dahi, pipi, hidung, telinga luar dan dalam serta rambut sehingga minyak mencecah kulit kepala.(jangan bimbang ia tidak berasa berlengas kerana molikul minyak Kelapa Dara sangat halus dan mudah menyerap ke dalam kulit. Anda akan berasa selesa dan segar seperti menggunakan air tapi awas jangan terkena mata, agak pedih sedikit tapi tidak bahaya malahan jika anda sakit mata boleh gunakannya sebagai ubat mata ia akan membunuh kuman, untuk sakit mata seeloknya guna sebelum tidur malam).
Setelah tekun mengamalkannya, hasilnya sangat menakjubkan. Saya hampir tidak percaya penyakit resdung yang saya tanggung selama hampir 20 tahun kini menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Saya tidak perlu lagi mengambil suntikan dicspousprin yang kebiasaannya perlu saya ambil sekitar 30 hari ke 40 hari (sekali suntikan). bagi mengelakkan saya bersin berulang-ulang, badan menjadi gatal, keluar biji-biji halus seperti nasi yang berbau masam disekitar hidung, dahi ,dagu, celah cuping telinga dan kulit kepala manakala tekak, dan di dalam hidung akan menjadi bengkak dan gatal serta berkahak berbau dan berwarna keperangan. Syukur kepada Allah s.w.t kerana menemukan saya penawar penyakit yang saya cari selama ini. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Berkuasa dan tiap-tiap sesuatu akan tunduk kepadaNya. Yakinlah setiap penyakit itu ada ubatnya hatta Aids melainkan kusta dan kematian.
Dengan iklas saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama anda semua. Alhamdulillah saya mendapati diri saya serasi dengan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli ini. Anda....... saya tidak pasti, tetapi tidak rugi jika anda mencubanya, malahan ia tidak menggandungi sebarang bahan toksin atau kimia yang banyak digunakan dalam ubat-ubatan moden. Minyak Kelap Dara ini 100% organik, tiada campuran lain.
Bagi tekanan darah tinggi yang saya alami, saya masih meneliti dan merekodkan bacaan tekanannya. Saya menjangkakan akan dapat melihat dan mengetahui keputusannya sekitar selepas 6 bulan pengambilannya (meminumnya). Sesungguhnya segala fakta yang saya paparkan adalah benar berlaku pada diri saya .Jika anda ragu ,anda boleh menghubungi saya di talian 03-32138046 -Ishak Bin Basiran.

KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA (PURE) + HABBATUS SAUDA’


Minyak Kelapa Dara + Minyak Dara HABBATUS SAUDA BIO-ASLI

1- Dihasilkan dari biji-biji Nigella sativa yang dipastikan sudah cukup masak bagi menghasilkan kuantiti minyak yang maksimum.
2- Diproses secara organic cold-pressed bagi menghasilkan minyak yang bebas dari trace farm chemical, molekul hexane dan juga trans fatty asid. Sementara minyak yang dihasilkan dengan menggunakan kepanasan yang biasanya mencecah 450 darjah (F) akan merubah keadaan semulajadi molekul minyak dari normal trans fatty asid kepada satu bentuk konfigurasi yang tidak normal dan beracun.

KANDUNGAN:
80% (120ml) Minyak Kelapa Dara
20% (30ml) Minyak Dara Habbatus Sauda
Cara Penggunaan :

Dewasa 1 sudu teh pagi & petang. Kanak-kanak 1/2 sudu teh pagi & petang.
Minum selepas makan atau disapu pada kulit dan rambut.

*Tidak Sesuai Untuk Ibu yang sedang mengandung.
KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA (PURE) + HABBATUS SAUDA’

Dari hasil Kajian Saintifik dan penyelidikan dibuat, menunjukkan gabungan Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Medium Chain Fatty Acids,dan Minyak Habbatus sauda’ yang kaya dengan asid poli lemak tak tepu yang membantu mengeluarka prostaglandin E1 yang fungsinya berkait rapat dengan perkara-perkara berikut, iaitu memperkuat sistem imunasi, memperbaiki metabolisme gula, melindungi dinding perut, Blood Clots, penstabil fungsi otak, penstabil fungsi saraf dan penstabil fungsi jantung. Selain itu, ianya memberikan banyak manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia seperti berikut :-

Kecantikan Luaran :

  • Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis, kurap, panau, bersisik, ruam/ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, telinga bernanah, resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain.

  • Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukkan berlebihan dengan meningkatkan metabolik.

  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi serta mencegah garis-garis halus.

  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.

  • Melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kepada kulit anda.

  • Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelumumur.

Kesihatan Dalaman :


  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental (atlit sukan US & Eropah banyak menggunakannya).

  • Memperbaiki dan mengurangkan masalah kesakitan pencernaan serta penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak.

  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.

  • Mengurangkan stress pada pankreas dan system-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid.

  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga, melindungi diri dari serangan osteoprosis.

  • Memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tida mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah.

  • Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Menigkatkan Daya Tahan Tubuh :

  • Mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser, seperti kanser payudara dan kanser colon.

  • Berfungsi sebagai antioksidan seta mengurangkan radang kronik.

  • Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.

  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan degan benign ”Prostatic Hyperplasia” (pembesaran prostate).

  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi kandung kemih.

  • Membantu mencegah sakit Lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak0lemak yang lain.

Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat :

  • Membunuh virus yang menyebabkan Mononucleosis, Influenza, Hepatitis C, cacar air dan Herpes.

  • Membunuh bacteria yang menyebabkan Pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, Meningitis dan Gonorrhea.

  • Membunuh kulat yang menyebabkan Cabdida, Jock Itch, kadas dan infeksi yang lain.

  • Melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit.

Hubungan Suami Isteri :


  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).

  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim untuk sperma subur, serta bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).

  • Membunuh kulat, bakteria, virus dan sakit kulit pada kemaluan (seperti keputhan).

    Nota : Anda digalakkan mencuba menyapu seluruh badan suami & isteri dengan minyak ini sebelum/semasa perhubungan kelamin, bagi isteri disapukan pada bahagian dalaman isteri @ alat sulit suami supaya lebih sugar bugar. Insyallah anda akan menempuh satu pengalaman yang menakjubkan.
    Berikut adalah khasiat dan keupayaan penyembuhan Habbatus sauda’ secara spesifik ke atas jenis-jenis sakit dan teleh dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal.


    Kepala
    Dada
    Perut
    Pinggang-kaki
    Sakit kepala, Sakit Telinga
    Radang
    Batu karang
    Gout
    Sakit gigi, Gusi Berdarah
    Juandice
    Batu hempedu
    Keampuhan lelaki
    Migraine
    Batuk
    Gastrik
    Melancarkan peredaran haid
    Kelemumur
    Batuk kering
    Ulser
    Mencergaskan seksual
    Kelumpuhan muka (facial palsy)
    Bronkial asthma
    Kardiak asthma
    Merawat sisitem Penghadaman
    Sakit puan (mestris, ophoritis, indomeferitis
    Amnesia
    Paru-paru berair
    Senggugut

    Pengeluar kahak (expectorant)
    Degupan jantung (palpitation)
    Memusnah organisma dlm Hati,limpa & buah pinggang
    Sakit tuan
    (Premature ejaculation)
    Mencerdaskan mental
    Menambah susu ibu
    Membunuh Parasit
    Buasir (Haemorrhoids)
    Selsema
    Merawat sistem pernafasan
    Chronic dysentry
    Lumpuh
    Katarak
    Cirrhosis of liver
    Cirit birit
    Anti Kulat
    Radang gusi
    Memperbaiki kontur buah dada
    Colic
    Anti Bakteria, Anti Oksidan

CARA PENGGUNAAN
Dewasa : 1 sudu teh
Kanak2 : ½ sudu teh
Pagi & petang selepas makan atau untuk kegunaan luaran (disapukan pada kulit,rambut dll).

Saturday, August 8, 2009

Minyak Kelapa Dara.

Minyak Kelapa Dara Pure/VCOP-150ml
Harga biasa : RM40.00
Harga disini: RM35.00
Minyak Kelapa Dara Asli/Virgin Coconut Oil Asli(VCOA)-500ml
Harga Biasa : RM80.00
Harga disini : RM70.00
Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Di antara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi asid laurik yang tinggi, sekitar 50-57% , dan asid kaprik sekitar 6-7%. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asli. Tidak melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.
Oleh kerana penghasilannya sebagaimana perlakuan di atas, ia mempunyai jangka hayat yang lama (sekurang-kurangnya 2 tahun) berbanding jangka hayat minyak biasa yang cuma menjangkau maksimanya 1 tahun.
Sementara bagi minyak kelapa biasa, semua perlakuan di atas dilakukan untuk menghasilkannya. Sementara ciri-ciri khusus Minyak Kelapa Dara Bio-Asli selain dari ciri-ciri di atas ialah, ia dihasilkan dari buah kelapa asli yang tidak diubahsuai secara genetik, diproses tidak melebihi dari 24 jam selepas dipetik, buah kelapa dipetik dari kebun yang tidak menggunakan bahan baja sebatian, dan tidak juga menggunakan sebarang bahan racun serangga. Secara saintifiknya Minyak Kelapa Dara terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid. Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat antiviral, anti bakterial dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan ‘lipid coated’ virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus, influenza.

Beberapa bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Hasil beberapa kajian juga menunjukkan bahawa bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terbaru telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh ‘lipid coated DNA dan RNA viruses’ termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang dikelaskan sebagai ‘functional food’, jumlah bahagian atau jumlah komponennya yang boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.Beberapa bakteria pathogentermasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia.
Hasil beberapa kajian juga menunjukkan bahawa bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik.
Terbaru telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh ‘lipid coated DNA dan RNA viruses’ termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga.
Secara mudah dalam makanan terdapat beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang dikelaskan sebagai ‘functional food’, jumlah bahagian atau jumlah komponennya yang boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.






SEMAKAN PENGHANTARAN
Black Soap-SVCOC Harga = RM25
Minyak Kelapa Dara + Habbatus -VCOHS
Harga Biasa:RM40
Harga Kami:RM35
PERTANYAAN SAHAJA ShoutMix chat widget RUANGAN IKLAN
ShoutMix chat widget
Set Isteri Anggun - SIA
Harga Biasa: RM205
Harga Kami: RM180(harga special)
Set Suami Power - SSP
Harga Biasa: RM205
Harga Kami: RM180(special)
Set Isteri -SI Harga Biasa:RM155 Harga Kami:RM135
Set Suami - SS Harga Biasa: RM155 Harga Kami: RM135